Pelarian Rohingya jual semula agihan bantuan makanan

Sebuah pasar yang menjual semula bantuan makanan pelarian Rohingya di Teknaf. - Agensi
Sebuah pasar yang menjual semula bantuan makanan pelarian Rohingya di Teknaf. - Agensi
A
A
A

DHAKA - Pelbagai barangan makanan yang diagihkan kepada etnik Muslim Rohingya dijual secara terbuka dalam pasaran gelap berhampiran kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pegawai kanan Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian (RRRC).

Difahamkan, paket makanan dengan label organisasi seperti Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Program Makanan Dunia (WFP) dijual secara terbuka di beberapa kawasan termasuk berhampiran kem pelarian di Teknaf dan Ukhiya.

Seorang penduduk tempatan berkata, barangan makanan seperti biskut dan bijirin itu dijual oleh pelarian Rohingya.

"Saya membelinya kerana harga murah," katanya.

Menariknya, aktiviti haram itu dilakukan di hadapan anggota penguat kuasa.

"Saya harus akui aktiviti haram ini sudah lama berlaku dan kami sedang mencari jalan untuk menghentikannya," kata pegawai RRRC, Mohammad Shamsud Douza. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!