PAGU gesa kerajaan haramkan portal promosi pelacuran

Mohd Sabaruddin Daud
Mohd Sabaruddin Daud
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Alumni GPMS UiTM (PAGU) menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan agensi seliaannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat portal yang terlibat dengan isu 'sugar daddy' dalam kalangan pelajar universiti.

Presidennya, Mohd Sabaruddin Daud berkata, tindakan tersebut merupakan langkah pertama untuk membendung aktiviti tidak bermoral tersebut, seterusnya tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Kanun Keseksaan dan enakmen undang-undang syariah di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri.

“PAGU berpendapat portal ini perlulah diberhentikan daripada terus mempromosikan aktiviti yang jelas bertentangan dengan hukum Islam serta norma kesopanan dan kesusilaan rakyat Malaysia dengan kadar segera, memandangkan ia telah terlalu lama dibiarkan beroperasi dan mendapat liputan media di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: DBKL arah iklan cari 'sugar daddy' ditarik serta-merta

“Bermula Disember 2019, portal berkenaan mendapat liputan percuma dengan isu papan iklan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Terbaharu, pemilik portal berkenaan sekali lagi menggemparkan rakyat Malaysia menerusi satu statistik yang memperincikan bilangan pelanggan aplikasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, PAGU juga melihat pendedahan berkenaan perincian pelanggan aplikasi dan dakwaan bahawa terdapat 14,000 orang pelajar universiti terlibat adalah strategi licik pemilik portal berkenaan untuk mendapatkan lebih perhatian, sekali gus mempromosikan perniagaannya.

Menurutnya, PAGU juga tidak menolak kemungkinan terdapat cubaan untuk memburukkan imej institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk dua buah universiti awam menerusi manipulasi data dalam pendedahan berkenaan.

"Maka seharusnya pihak berkuasa melakukan penyiasatan terperinci berkenaan perihal ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, PAGU tidak menolak kemungkinan mereka yang terjerumus ke dalam kegiatan tidak bermoral itu disebabkan dihimpit kesempitan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Cari 'sugar daddy' melalui 'Sugarbook'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!