PHD Lipis patah cubaan pindah balak curi bernilai hampir RM100,000

Tunggul balak speises bernilai tinggi yang ditemui di kawasan Hutan Simpan Benchah dipercayai ditebang sindiket secara haram. -Gambar JPNP
Tunggul balak speises bernilai tinggi yang ditemui di kawasan Hutan Simpan Benchah dipercayai ditebang sindiket secara haram. -Gambar JPNP
A
A
A

KUANTAN - Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis berjaya mematahkan usaha memindahkan 132 tual balak curi pelbagai spesies bernilai hampir RM100,000 di Kompartmen Satu Hutan Simpan Benchah, Lipis pada Sabtu.

Pegawai PHD Lipis, Nor Shahrini Nordin Ahmad berkata, kegiatan memindahkan balak curi itu dipercayai berselindung di sebalik kawasan pembalakan tanah persendirian berlesen seluas 11.745 hektar yang sudah tamat tempoh akhir tahun lalu yang bersebelahan hutan simpan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya selama empat jam membawa kepada penemuan tiga longgok balak yang sedia untuk dipindahkan.

"Bagaimanapun aktiviti memindah keluar balak curi itu tidak dapat dilakukan berikutan laluan utama yang ada tidak boleh dilalui," katanya.

Nor Shahrini berkata, kejayaan itu susulan maklumat orang awam yang mendakwa terdapat kegiatan pembalakan di kawasan hutan tersebut sebelum pihaknya segera melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam kawasan yang diceroboh, pihaknya menemui 72 tunggul pokok spesies Merbau, Kembang Semangkuk, Mengkulang, Meranti, Sesenduk, Perah, Kempas, Kelat dan Keladan.

Longgokan balak curi yang ditemui haail pemeeiksaan PHD Lipis di kawasan Hutan Simpan Benchah pada Sabtu. -Gambar JPNP
Longgokan balak curi yang ditemui haail pemeeiksaan PHD Lipis di kawasan Hutan Simpan Benchah pada Sabtu. -Gambar JPNP

"Setiap pokok biasanya mampu menghasilkan dua hingga tiga tual balak.

Artikel Berkaitan:

"Dalam serbuan itu, kita tidak menemui jentera yang digunakan manakala anggota sindiket juga gagal dikesan dipercayai sudah meninggalkan lokasi terbabit beberapa minggu lalu," katanya.

Tambah beliau, usaha mengesan dalang kegiatan itu sedang dijalankan.

Minggu lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berjaya membongkar dua kes cubaan memindahkan balak pelbagai spesies secara haram bernilai RM404,000 di Temerloh dan Bentong.

Kes pertama berlaku di Kompatmen 6 Hutan Simpan Kemasul Mukim Pelangai, Bentong membabitkan penemuan 11 tual balak pelbagai spesies bernilai RM17,000.

Kes kedua dikesan di Kompatmen 19 Hutan Simpan Jengka, Temerloh membabitkan 48 tual balak spesies keruin, meranti dan balau bernilai RM387,000 yang ditebang secara haram.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!