Program Fat to Fit Challenge
Presiden Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PESAT), Sham Aziz Ismail (kanan) dan Timbalan Presiden, Rosliza Akma Zakaria (kiri) melancarkan program Fat to Fit Challenge anjuran Biro Wanita PESAT di Kota Damansara, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Sham Aziz, program itu bermula 22 Feb ini dan berakhir pada 12 April terbuka kepada 3,000 ahli persatuan yang aktif, berumur dari 18 tahun dan ke atas serta tiada yuran penyertaan dikenakan.
Peserta hanya perlu merakam video ketika membuat timbangan berat badan dan jumlah berat badan yang paling banyak turun akan dikira sebagai pemenang.
Program itu dilancarkan sempena saranan gaya hidup yang sihat untuk diterapkan kepada ahli-ahli PESAT berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!