Aksi menyerang terbaik daripada pemain Arsenal

Aubameyang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.
Aubameyang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikal Arteta menyifatkan skuad kendaliannya itu telah mempamerkan aksi menyerang terbaik musim ini ketika menewaskan Leeds United 4-2 di Emirates pada awal pagi Isnin.

Menurut Arteta, jentera serangan The Gunners diketuai Pierre Emerick-Aubameyang dengan dibantu pemain pinjaman dari Real Madrid Martin Odegaard nyata telah membentuk corak serangan dinamik skuad kendaliannya itu pada perlawanan berkenaan.

Katanya, aksi sedemikian nyata berbeza dengan aksi yang dipamerkan pemain sebelum ini dan ia perlu diteruskan selepas ini.

“Bagi saya, kesebelasan pemain telah memberikan aksi terbaik, dan mereka telah kelihatan lebih fokus, efisyen dan bijak menggunakan peluang yang dimiliki.

“Kita juga berjaya mengatur asakan ke pintu gol lawan dan melakukan percubaan ke pintu gol yang kebanyakannya menepati sasaran,” katanya.

Perlawanan berkenaan turut menyaksikan Aubameyang mencatatkan hattrik apabila menjaringkan gol pada minit ke-13, 41 (penalti) dan 47 manakala satu gol lagi dijaringkan Hector Berlin pada minit ke-45 sebelum pemain Leeds United, Pascal Struijk menjaringkan gol pada minit ke-58 dan Helder Costa (69).

Aubameyang
Aubameyang

Keputusan berkenaan menyaksikan Arsenal berada pada kedudukan ke-10 dengan 34 mata manakala Leeds berada pada kedudukan ke-11 dengan 32 mata.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Aubameyang nyata gembira dengan kejayaannya mencatatkan hattrik pada perlawanan berkenaan yang sekali gus mencatatkan jaringan gol ke 201 nya dalam 369 penampilan dalam lima saingan liga berbeza di Eropah.

“Ia memang satu ketika yang sukar buat saya, tetapi kini masanya untuk saya kembali tersenyum dengan mula memenangi perlawanan dan menjaringkan gol.

“Saya dedikasikan gol-gol ini kepada keluarga saya, semua pihak yang selama ini tidak jemu menyokong saya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!