Tabung Kemanusiaan Yaman masih perlu dana
SKMY yang merupakan gabungan NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat (Sejagat), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Pertubuhan Permata Angkatan Perpaduan Islam (MAP) telah menggerakkan tabung berkenaan sejak 15 Ogos tahun lalu hingga 15 Februari ini dengan misi mengumpul dana berjumlah RM1 juta.
Presiden MAP, Mohd Panji Persada Islam Yahya, berkata, kini tabung berkenaan telah mengumpulkan dana sebanyak RM500,000 yang bakal digunakan untuk misi kemanusiaan itu tidak lama lagi.
"Hasil yang terkumpul akan kami manfaatkan untuk membantu rakyat Yaman yang sedang dalam keadaan derita dek kerana perang yang sudah masuk tahun ke-5 ini. Terlalu banyak keperluan mereka khususnya dari aspek perubatan yang memerlukan bantuan dari luar.
"Jadi melalui dana yang rakyat malaysia sumbangkan ini, akan salurkan ke pelbagai aspek penting untuk pengurusan rakyat Yaman itu sendiri khususnya kanak-kanak dan wanita,"katanya.
Tambah Mohd Panji, satu mesyuarat khas akan dilaksanakan sebaik sahaja tabung berkenaan ditutup untuk sumbangan.
"Tarikh misi ke Yaman akan diputuskan melalui mesyuarat berkenaan dengan menentukan aspek bantuan yang bakal disalurkan menerusi dana yang terkumpul,"katanya.
Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Yaman, Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Kuala Lumpur ke akaun 564810009147 (Maybank)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!