Gangguan seksual: Anggota polis dikeluar daripada penugasan SJR
KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis yang disyaki terlibat dengan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita semasa sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Duta, di sini, dikeluarkan daripada penugasan SJR.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, anggota polis berkenaan sedang diambil tindakan lanjut.
“Tindakan awal yang diambil adalah mengeluarkan anggota polis terlibat kes ini daripada penugasan SJR dan tidak digantung tugas,” katanya pada Isnin.
Beliau berkata, suspek ketika ini sedang melakukan penugasan di bahagian pentadbiran sementara siasatan kes ini berjalan.
Pada Ahad, tular di media sosial seorang wanita dalam ciapan Twitternya mendakwa dia mengalami gangguan seksual ketika melalui sekatan di Jalan Duta. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!