Lelaki digantung kerja akibat kata kesat di media sosial

Ciapan dari lelaki terbabit yang mengkritik penghantar makanan tular di Twitter.
Ciapan dari lelaki terbabit yang mengkritik penghantar makanan tular di Twitter.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbuatan seorang lelaki menuduh penghantar makanan mencuri air minuman yang dipesan melalui aplikasi GrabFood membawa padah apabila dia digantung kerja serta-merta.

Syarikat Bateriku (M) Sdn Bhd dalam kenyataan menerusi Twitter pada Ahad memaklumkan, lelaki berkenaan yang merupakan pekerjanya digantung kerja sementara siasatan masih dijalankan.

Menurut kenyataan itu, syarikat tersebut memohon maaf atas tingkah laku pekerja terbabit yang melontarkan kata-kata tidak sopan berkenaan penghantar makanan tersebut di akaun Twitter.

“Pihak Bateriku.com ingin memohon maaf atas tingkah laku staf kontrak Bateriku.com yang telah terlanjur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan pemandu Grab di laman sosial tempoh hari.

“Di Bateriku, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau luar organisasi Bateriku.com,” katanya dalam kenyataan di Twitter pada Ahad.

Pada Sabtu, lelaki terbabit melalui Twitternya mengkritik pemandu Grab dengan mendakwa penghantar makanan tidak memeriksa pesanan yang dibuatnya melalui aplikasi GrabFood.

Menerusi ciapannya, dia turut mendakwa pemandu tersebut mencuri minuman yang dipesan berikutan jumlah pesanan yang diterimanya tidak mencukupi.

Kritikannya tular di laman Twitter dan mendapat kecaman daripada ramai orang yang memarahinya kerana tugas memeriksa pesanan adalah tanggungjawab premis, bukan pemandu Grab yang menghantar pesanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!