Selangor laksana saringan komuniti sekitar Seksyen 19, Shah Alam esok
SHAH ALAM- Kerajaan Selangor akan melaksanakan ujian saringan (Covid-19) bersasar komuniti secara percuma di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, di sini pada Rabu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ujian saringan bersasar itu dilaksanakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Menurutnya, penduduk di Seksyen 15, 17,18,19,20 dan Seksyen 24 digalakkan hadir menjalani ujian saringan yang merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menangani Covid-19.
"Khusus buat penduduk di Shah Alam, saringan komuniti akan dilaksanakan esok bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di Dewan MBSA Seksyen 19.
"Daftar di screening.selangkah.my," katanya menerusi kenyataan di muat naik di Facebooknya pada Selasa.
Khusus buat penduduk di Shah Alam, saringan komuniti akan dilaksanakan esok bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di Dewan MBSA Seksyen 19.
Daftar di https://t.co/OVeobTzwWk. Saringan ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri menangani COVID-19.#KitaSelangorpic.twitter.com/0uvG4kMaFh— Amirudin Shari (@AmirudinShari) February 16, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!