City berdepan Everton tanpa Gundogan

Gundogan
Gundogan
A
A
A

BINTANG sensasi Manchester City, Ilkay Gundogan berkemungkinan tidak akan diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Everton di Goodison Park, pada awal pagi Khamis.

Perkara itu dinyatakan pengendali City, Pep Guardiola yang mendakwa Gundogan dilihat masih belum cukup cergas setelah berdepan Tottenham Hotspur di Etihad, awal pagi Isnin lalu.

Katanya, Gundogan dilihat telah beraksi cemerlang dan berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan berkenaan.

“Sukar untuk kita mengesahkan kedudukannya (Gundogan) ketika ini setelah membantu kemenangan pasukan ketika berdepan Spurs Ahad lalu.

“Apa pun, kita akan tengok perkembangannya, dan jika dia kembali cergas, sudah pasti dia akan diturunkan pada perlawanan itu,” katanya.

Dua jaringan Gundogan ketika berdepan Tottenham itu secara keseluruhannya merekodkan lapan jaringan yang dihasilkan bintang Jerman itu dalam tujuh aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebelum ini.

City kini terus gah dipuncak EPL dengan 53 mata hasil 16 kemenangan, lima seri dan tewas dua kali daripada 23 perlawanan.

Sementara itu Guardiola berkata, dia berkemungkinan menurunkan Kevind de Bruyne dalam usaha memperkuatkan skuad The Citizens itu bagi berdepan The Toffees.

Artikel Berkaitan:

Katanya, De Bruyne yang sudah tidak beraksi bersama pasukan sejak 20 Januari lalu dan diharapkan agar bintang Belgium itu kembali cergas menjelang perlawanan berkenaan.

“Dia De Bruyne akan kembali menjalani latihan bersama pasukan dan mahu memastikan dia berada dalam keadaan yang benar-benar cergas selain pulih daripada sebarang kecederaan sebelum beraksi,” katanya.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini akan bertemu sekali lagi pada aksi suku akhir Piala FA di gelanggang sama 21 Mac depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!