Ops Katang catat jumlah rampasan lebih RM220,000

Salah satu lokasi 'Ops Katang' yang dilakukan dan berjaya menghalang cubaan mencuri hasil hutan termasuk lebih 50 batang pokok jaras dan balak pelbagai spesis bernilai RM35,000 di hutan tanah kerajaan di Kampung Kuala Jengai, Dungun pada 5 Febuari lalu. (Foto: Ihsan Jabatan Perhutanan Terengganu), gambar kecil: Roslan
Salah satu lokasi 'Ops Katang' yang dilakukan dan berjaya menghalang cubaan mencuri hasil hutan termasuk lebih 50 batang pokok jaras dan balak pelbagai spesis bernilai RM35,000 di hutan tanah kerajaan di Kampung Kuala Jengai, Dungun pada 5 Febuari lalu. (Foto: Ihsan Jabatan Perhutanan Terengganu), gambar kecil: Roslan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perhutanan Terengganu merekodkan rampasan keseluruhan hasil hutan bernilai RM228,070 dalam 'Ops Katang' yang berakhir pada Ahad.

Pengarahnya, Roslan Rani berkata, nilai rampasan direkodkan adalah hasil kejayaan pihaknya mengesan lima kes kesalahan hutan sepanjang tempoh operasi tersebut yang berlangsung sejak dua minggu lalu.

"Daripada kelima-lima kes tersebut, kami berjaya merampas pelbagai spesis kayu termasuk jaras dan balak dengan anggaran berjumlah RM58,070 termasuk dua buah jentera jenis excavator dan sebuah lori bernilai RM 170,000.

"Menerusi operasi ini juga, kami turut mengesan tujuh kawasan pencerobohan baharu dan lama meliputi Hutan Simpan Hulu Terengganu Tambahan, Hutan Simpan Gunung Tebu dan Hutan Simpan Hulu Nerus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Roslan berkata, tumpuan operasi melibatkan 22 lokasi 'panas' pembalakan haram di Hutan Simpanan Kekal selain merangkumi semakan di tanah kerajaan, semakan dalam transit dan semakan di kilang industri berasaskan kayu (IBK) di seluruh negeri itu.

Katanya, operasi secara bersepadu dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah yang dilancarkan pada 1 Febuari lalu itu bertujuan mengekang dan mencegah sebarang aktiviti pembalakan haram atau kecurian apa jua khazanah negeri.

"Operasi ini yang diadakan pada setiap tahun akan diteruskan pada masa akan datang.

"Ia membuahkan hasil selepas awam tampil menyalurkan maklumat aktiviti penerokaan dan pencerobohan hutan secara haram," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!