Israel sekat penghantaran vaksin Covid-19 ke Gaza
MOSCOW - Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila mendakwa Israel menghalang penghantaran dos vaksin Covid-19 Sputnik V Rusia ke Tebing Gaza, lapor Agensi Berita Sputnik.
Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Mai al-Kaila berkata pada Isnin, penghantaran Sputnik V untuk pekerja kesihatan telah dihantar ke Gaza tetapi disekat Israel.
Menteri Kesihatan menekankan tindakan tersebut bertentangan dengan semua undang-undang dan perjanjian antarabangsa.
Palestin adalah negara pertama di Timur Tengah yang mendaftar untuk vaksin Sputnik V Rusia.
Kempen vaksinasi Covid-19 di Palestin dimulakan pada awal Februari, dengan petugas kesihatan menjadi kumpulan penerima pertama. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!