NASA mahu terbangkan helikopter mini di Marikh

Mars
Mars
A
A
A

WASHINGTON - Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berhasrat untuk menerbangkan helikopter di Marikh yang dibawa bersama pada misi Mars 2020 yang dijangka tiba di planet merah itu pada Khamis ini.

Helikopter Ingenuity atau lebih kelihatan seperti dron mini seberat 1.8 kilogram itu bagaimanapun bakal berdepan beberapa kesukaran termasuk atmosfera berbeza di Marikh yang hanya satu peratus ketumpatan di bumi.

Ia turut mempunyai saiz bilah yang lebih besar untuk membolehkannya berputar kira-kira lima kali lebih pantas dan dilengkapi dua kamera, komputer dan sensor navigasi serta menggunakan sel solar untuk mengecas semula bateri yang sebahagian besarnya digunakan untuk memastikan ia tidak terjejas dengan suhu sejuk pada waktu malam di Marikh yang mencecah - 90 darjah celsius.

NASA merancang untuk melakukan sehingga lima penerbangan secara berperingkat pada beberapa bulan pertama misi tersebut.

Ia turut menyifatkan misi Ingenuity itu sebagai 'demonstrasi teknologi', sebuah projek bertujuan untuk menguji keupayaan bersama misi astrobiologi kenderaan robotik, Perseverance.

"Jika berjaya, ia akan membuka dimensi baharu penerokaan Marikh," kata ketua jurutera Ingenuity, Bob Balaram. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!