Selesai segera kes runtuhan tebing sungai: Tuan Ibrahim
KOTA BHARU - Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tua Man menggesa tragedi runtuhan tebing yang berlaku di Kampung Celagi dekat Pasir Mas, Kelantan diselesaikan segera.
Menurutnya, beliau juga telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memantau perkembangan runtuhan terbabit.
"Saya telah minta JPS memantau perkembangan tebing runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas dan bekerjasama dengan kerajaan negeri, Jabatan Kerja Raya serta penduduk untuk menyelesaikan isu ini dengan segera," katanya menerusi Facebook rasminya pada Rabu.
Kira-kira 50 penduduk daripada 15 keluarga di Kampung Pohon Celagi dipindahkan berikutan kejadian runtuhan tebing sungai awal pagi Rabu.
Runtuhan tebing sungai yang dikesan berlaku antara jam 2.30 hingga 6.30 pagi itu turut memusnahkan beberapa rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tebing Sungai Kelantan runtuh
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!