Vaksin Covid-19 tidak bertentangan dengan Islam
Ketuanya, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, keperluan bagi umat Islam menerima vaksin tersebut juga berdasarkan beberapa prinsip asas ajaran Islam iaitu menjaga keharmonian Islam, kesihatan, harta benda, nyawa dan sektor ekonomi.
“Ia (ancaman Covid-19) menghalang umat Islam daripada menunaikan solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan memutuskan silaturahim apabila tidak boleh berhubung dan menziarahi sanak saudara serta sahabat handai yang mengalami musibah.
"Wabak yang sedang mengancam negara sekarang boleh meruntuhkan prinsip-prinsip asas berkenaan sekiranya tidak dibendung dengan segera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Info On Wheels Kempen Pematuhan SOP Covid-19, di sini pada Rabu.
Sementara itu, Pengarah Penerangan Kelantan, Azahar Ismail berkata, pihaknya akan menaikkan kira-kira 400 kain rentang mengenai proklamasi darurat di tepi-tepi jalan dan di tempat awam di seluruh negeri dalam masa terdekat.
Darurat yang dilaksanakan ini adalah demi keselamatan rakyat yang terjejas oleh ancaman Covid-19, katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!