Dua penduduk Palestin terbunuh akibat terhidu asap toksik

Laluan rahsia itu digunakan untuk membawa pelbagai barangan ke Genting Gaza yang berdepan kepungan Israel.
Laluan rahsia itu digunakan untuk membawa pelbagai barangan ke Genting Gaza yang berdepan kepungan Israel.
A
A
A

KAHERAH - MESIR. Dua penduduk Palestin maut manakala beberapa lagi cedera, semalam selepas tentera Mesir melepaskan asap toksik ke dalam terowong rahsia yang menghubungkan Semenanjung Sinai dan Genting Gaza.

Agensi berita Wafa memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Gaza melaporkan dua mangsa itu, Abdul Hamid al-Aker, 39, dan Sobhi Abu Qarshin, 28, sedang melakukan pemeriksaan di laluan rahsia itu.

"Beberapa anggota keselamatan yang terperangkap dalam terowong itu turut diselamatkan pasukan pertahanan awam dan dikejarkan ke hospital. Kementerian itu bagaimanapun tidak menyatakan jenis gas yang digunakan oleh tentera Mesir terbabit," lapor agensi berita itu lagi.

Sebelum ini, Kaherah pernah membanjiri terowong rahsia terbabit dan tentera mengumumkan ia telah merobohkan 37 laluan lintasan sempadan itu pada bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!