Farm Grill wujud kerana perasaan sayangkan pekerja

A
A
A

Selepas tiga tahun merantau mencari rezeki di bumi Arab Saudi sebagai pakar perunding pada 2009 sehingga 2011, Datuk Suhaimi Mohd merasakan sudah tiba masanya untuk beliau mencorak sendiri masa depan dan membina empayar perniagaan miliknya.

Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman bekerja dengan beberapa syarikat swasta berkaitan pengurusan alam sekitar, akhirnya anak kelahiran Terengganu ini menubuhkan AGMI Holdings Sdn Bhd yang memfokuskan kepada bidang pengurusan sisa pepejal.

Suhaimi
Suhaimi

“Selepas berjaya membina tapak kukuh bersama AGMI Holdings Sdn Bhd, Suhaimi mengambil keputusan untuk menubuhkan pula syarikat In Saff Travel & Tour di Bangi dengan memberi tumpuan kepada penganjuran pakej umrah dan percutian.

“Dalam tempoh empat tahun sahaja iaitu dari 2014 sehingga 2018, In Saff Travel & Tour berjaya membawa lebih 3,000 jemaah menunaikan umrah dan pakej istimewa yang ditawarkan ketika itu berkonsepkan umrah lama (selama 22 hari) dengan harga jimat,” ujar beliau memulakan cerita kepada Sinar Harian.

PKP merubah segalanya

Suhaimi (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada staf di hadapan pejabat In Saff Travel & Tours-Bangi.
Suhaimi (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada staf di hadapan pejabat In Saff Travel & Tours-Bangi.

Namun jelas Suhaimi, langit tidak selalu cerah dan In Saff Travel & Tour diseliputi ‘awan mendung dan ribut’ dalam perniagaan apabila pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk Malaysia pada Januari 2020.

Artikel Berkaitan:

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan pada Mac 2020 menyebabkan segala aktiviti dan perjalanan perniagaan syarikat itu terhenti.

“Ketika itu pintu sempadan dan aktiviti rentas negara tak dibenarkan, terus terdetik di hati saya, In Saff Travel & Tours bakal berdepan dengan detik-detik sukar,” katanya.

Sejak itulah terlintas pelbagai kemungkinan dalam minda beliau dan satu persatu wajah-wajah 31 warga kerja In Saff bermain di fikiran. Banyak persoalan yang mula menerjah dirinya; bagaimana masa depan syarikat, apakah nasib yang bakal menimpa pekerja-pekerjanya dan apakah nanti hala tuju masa depan mereka.

“Tapi saya tidak mahu memikirkan kemungkinan yang negative dan cepat mengalah. Saya bertekad untuk cuba menyelamatkan dan membela nasib kesemua 31 orang pekerja In Saff Travel & Tours biarpun menyedari pandemk Covid-19 bakal melumpuhkan sektor ekonomi dan perniagaan di negara ini.

“Langkah pertama yang saya ambil adalah merehatkan dahulu para pekerja tanpa membuat sebarang potongan gaji ataupun caruman terhadap mereka.

“Namun bagi memastikan mereka masih produktif, saya menggerakkan mereka untuk melakukan kerja amal mengagihkan bantuan makanan kepada golongan memerlukan sepanjang tempoh PKP berkenaan menggunakan dana kebajikan yang disumbangkan oleh orang ramai dan syarikat sendiri. Alhamdulillah kita berjaya membantu 430 keluarga sepanjang tempoh itu.

“Selepas dana kebajikan kami sudah habis tapi kami masih menerima permintaan bantuan daripada orang ramai, jadi saya perlu memikirkan satu mekanikme lain untuk terus membantu. Dari situlah tercetusnya idea untuk saya mengeluarkan produk kambing perap Farm Grill bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan ini menjana pendapatan sendiri,” ujarnya yang memiliki pengalaman dalam perniagaan makanan ini.

Suhaimi menunjukkan produk keluaran Farm Grill Industries Sdn Bhd yang diusahakannya ketika tempoh PKP Mac lalu.
Suhaimi menunjukkan produk keluaran Farm Grill Industries Sdn Bhd yang diusahakannya ketika tempoh PKP Mac lalu.

Masa depan pekerja terjamin

Bermula pada Ramadan 2019, Farm Grill Industries membuka lembaran baharu dengan menjadi mereka yang kehilangan kerja, terjejas pendapatan dan golongan memerlukan sebagai stokis dan ejen untuk menjual kambing perap berasaskan konsep perniagaan tanpa modal dan jihad ekonomi.

Jelas Suhaimi, dengan tertubuhnya Farm Grill yang digerakkan bersama sahabat beliau, Mohd Faridz Allayedin, maka kesemua kakitangan In Saff Travel diserapkan di bawah cabang perniagaan baharu itu sebagai salah satu usaha beliau untuk menyelamatkan kerjaya mereka.

Suhaimi (lima dari kanan) bersama dengan tenaga kerja Farm Grill yang sebahagian besarnya bekas kakitangan In Saff Travel & Tours – Bangi.
Suhaimi (lima dari kanan) bersama dengan tenaga kerja Farm Grill yang sebahagian besarnya bekas kakitangan In Saff Travel & Tours – Bangi.

“Alhamdulillah dalam masa yang singkat kesemua staf In Saff Travel itu Berjaya mempelajari kemahiran baharu dalam bidang industri makanan dalam masa yang singkat. Dengan cara ini pekerjaan, gaji, caruman dan kebajikan para pekerja saya tidak terjejas.

“Setelah sistem perniagaan stokis dan ejen Farm Grill berjalan dengan lancar dan berkembang, kuantiti pengeluaran produk semakin bertambah dan alhamdulillah hari ini sebanyak 2,000 dikeluarkan setiap hari.

“Selepas produk kambing perap Berjaya, Farm Grill memperkenalkan pula produk ayam perap, Retort Mutton Black Pepper dan produk terbaharu adalah daging harimau menangis. Insyallah menjelang Ramadan nanti kita akan memperkenalkan pula produk kurma ajwa Farm Grill,” katanya sambal menjelaskan sehingga kini Farm Grill Industries sudah memiliki sebuah restoran di Bangi, 150 stokis dan lapan hub bekalan di seluruh negara.

Berpegang kepada prinsip lead by example, Suhaimi sentiasa percaya jika beliau sentiasa berfikiran positif, cekal dan ingin selalu berjaya maka orang bawahan jika akan memiliki keyakinan seumpama itu.

Beliau juga percaya kepada ‘kehebatan’ bersedekah, membantu dan mempermudahkan urusan orang lain kerana insyallah Allah akan membantu kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!