‘Rasuah daripada ibu bapa’

Gambar kecil: Nik Saiful Adli Burhan
Gambar kecil: Nik Saiful Adli Burhan
A
A
A

KOTA BHARU - Amalan merasuah anak-anak dengan gajet, barangan atau kereta mewah dalam kalangan ibu bapa moden zaman kini wajar dihentikan.

Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Malaysia, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Nik Saiful Adli Burhan berkata, dalam sedar atau tidak, budaya itu berlaku dalam masyarakat yang kian popular hingga lupa amalan salah laku rasuah diterapkan tanpa sengaja mahupun tidak sengaja.

“Budaya hari ini, nak suruh anak pergi sekolah kena ‘rasuah’ dengan gajet terkini, hadiah dan pakaian berjenama.

“Nak suruh anak cari kerja kena ‘rasuah’ dengan motosikal. Nak suruh anak mengaji, kena ‘rasuah’ dengan basikal baharu.

“Itu dah jadi budaya hingga kita sebenarnya mengajar anak-anak budaya rasuah tanpa sedar,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, perjuangan memerangi pandemik salah laku rasuah bukan hal mudah selain prinsip anti-rasuah yang kukuh seharusnya dibina bermula dari rumah.

“Rasuah jadi barah dalam kalangan kita. Berperang hapuskan sel itu bukan senang, perlu ada kekuatan dalaman yang amat kukuh.

“Kesedaran tinggi dalam ilmu keibubapaan dengan menghindari amalan rasuah anak akan melahirkan generasi yang jati diri kukuh dan beretika menjauhi rasuah pada masa depan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga peguam berkata, usaha semasa juga penting sepertimana gerakan yang diketengahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang mengajak rakyat bersatu memerangi rasuah.

“Kempen #RasuahBusters mampu memastikan rakyat hormat undang-undang, tidak terjebak dan tidak takut melaporkan kesalahan rasuah.

“Rakyat tanpa rasuah, agensi dihormati, negara berintegriti,” katanya.

Pada 16 Januari lalu, Hussamuddin melancarkan kempen Sinar Untuk Malaysia #NilaiMoralKarakterBangsa bagi membanteras gejala rasuah dan membina semula negara.

Gerakan tersebut adalah reformasi moral dari rakyat untuk rakyat dan negara tanpa sebarang agenda politik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!