Dua warga asing diberkas miliki komponen kenderaan curi

Polis
Polis
A
A
A

RAWANG - Dua lelaki warga asing diberkas dalam serbuan di sebuah bengkel di Rawang Putra pada Selasa kerana memiliki komponen kenderaan curi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, serbuan dilakukan susulan kes kehilangan kereta milik seorang wanita berusia 51 tahun di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Rawang pada 21 Oktober tahun lalu.

"Polis kemudiannya menjalankan serbuan di sebuah bengkel di Rawang Putra kira-kira jam 2 petang dan hasil pemeriksaan berjaya menemukan enjin kereta milik mangsa.

"Selain itu, polis turut menemui sebuah kereta jenis Proton Waja yang dilaporkan hilang pada 30 Oktober tahun lalu di Saujana Utama, Sungai Buloh," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Arifai berkata, kedua-dua suspek berumur 30 dan 32 tahun itu telah ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!