Sebuah lagi rumah runtuh, 45 keluarga diarah pindah

Sebuah lagi rumah milik penduduk di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas roboh jam 9 malam pada Rabu susulan runtuhan tebing Sungai Kelantan.
Sebuah lagi rumah milik penduduk di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas roboh jam 9 malam pada Rabu susulan runtuhan tebing Sungai Kelantan.
A
A
A

PASIR MAS - Sebuah lagi rumah milik penduduk di Kampung Pohon Chelagi di sini roboh pada Rabu susulan runtuhan tebing Sungai Kelantan

Pada masa 45 keluarga melibatkan 98 penduduk diarah mengosongkan kediaman secepat mungkin bagi mengelak sebarang kejadian teruk berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Shapawi Setapa berkata, terdapat dua buah lagi rumah yang berisiko untuk runtuh dalam masa terdekat.

"Hasil pemerhatian dijalankan, kita dapati pergerakan tanah masih aktif," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, pemantauan berterusan sentiasa dilakukan oleh bomba untuk melihat situasi semasa.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang berada di kawasan berisiko telah diarahkan berpindah ke tempat selamat.

Shapawi berkata, kebanyakan mereka ini menumpang di rumah sanak saudara buat sementara waktu.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati terdapat rekahan baharu berlaku di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Kawalan di lokasi diperketat bagi mengelak orang ramai menghampiri kawasan berisiko itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!