Pengusaha barangan lusuh diberi masa setahun untuk pindah

AMINUDDIN
AMINUDDIN
A
A
A

SEREMBAN - Semua pengusaha barangan lusuh dan terpakai diberi tempoh masa setahun untuk memindahkan operasi ke kawasan perindustrian.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tempoh setahun itu bagi memberi ruang kepada semua pengusaha untuk membersihkan kawasan sedia ada dan mencari lokasi baharu di kawasan yang dibenarkan.

Katanya, syarat baharu itu penting bagi memastikan keselamatan masyarakat setempat terjamin.

“Pemilik premis dan pemegang lesen sedia ada diberi masa setahun untuk membersihkan lokasi semasa dan berpindah ke lokasi ditetapkan," katanya.

“Justeru, kerajaan negeri memutuskan untuk membuka semula permohonan lesen perniagaan barangan lusuh dan terpakai yang dibekukan sejak tahun 2014.

Bagaimanapun, jelasnya, permohonan tersebut akan ditambah dengan syarat baharu iaitu premis perlu dibuka di kawasan perindustrian.

“Sebelum ini ramai pengusaha menjalankan perniagaan mereka di kawasan perumahan dan tempat tersebut adalah tidak sesuai.

“Jadi, selepas ini mereka perlu berpindah ke kawasan perindustrian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!