Kes penanda paintball di Melaka selesai
MELAKA – Mahkamah Majistret di sini memerintahkan semua penanda paintball yang disita pada 12 September tahun lalu oleh pihak polis dipulangkan semula kepada pemiliknya.
Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim dalam keputusannya pada Rabu juga telah melepas dan membebaskan pengurus sukan paintball, Idilhan Ibrahim, 50, dari pertuduhan di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata iaitu memiliki senjata tiruan.
Berdasarkan pertuduhan sebelum ini, Idilhan didakwa dalam milik dan jagaannya 22 laras penanda paintball yang menyerupai senjata tiruan di Pusat Ekuestrian Hang Jebat.
Tertuduh diwakili peguam, Mawar Nur Izatti Md Zamri dan Suhaidi Zakaria dari Mastura & Associates.
Sementara itu, Persekutuan Paintball Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook menyambut baik keputusan ini dan ia adalah perkembangan positif kepada sukan paintball di negara ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mengaku salah miliki 22 'paintball marker'
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!