MARDI hasilkan teknologi atasi penyakit darah pisang

Dr Ronald Kiandee (dua dari kanan) menandatangani plak pelancaran tiga produk inovasi hasil penyelidikan institut Pakej Teknologi Untuk Kawalan Penyakit Darah Pisang menggunakan Teknologi Kerintangan Sistemik Teraruh (ISR), TrichoSHIELD dan Buku Manual Teknologi Pengeluaran Cili Secara Organik sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Haslina Abdul Hamid (kanan), Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor (dua, kiri). - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Mereka yang terbabit dalam industri penanaman pisang bakal menarik nafas lega apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menghasilkan pakej teknologi untuk kawalan penyakit darah pisang menggunakan Teknologi Kerintangan Sistem Teraruh (ISR).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pisang merupakan tanaman popular di Malaysia dengan keluasan bertanam sehingga 30,684 hektar serta menjana 345,850 metrik hasil.

"Bagaimanapun, industri pisang negara terancam melalui sejenis penyakit baharu pada tahun 2007 yang dinamakan darah pisang atau penyakit layu bakteria berpunca daripada bakteria perosak Ralstonia syzygii subsp. Celebesensis," katanya.

Menurutnya, ISR dapat meningkatkan kerintangan pokok terhadap makhluk perosak.

"Kerintangan ini boleh diaruh dengan menginokulasi inokulan ISR pada pangkal pokok," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan tiga produk inovasi MARDI iaitu TrichoShield dan buku manual teknologi cili secara organik serta ISR di kementeriannya pada Khamis.

Beliau berkata, teknik kawalan bekenaan telah diuji cuba di ladang dan berjaya mengawal penyakit sehingga 92 peratus.

"Ia teknologi hijau yang mesra alam dan sesuai digunakan untuk pengeluaran pisang secara konvensional dan organik," katanya.

Mengulas mengenai TrichoShield, Ronald berkata, ia merupakan biofungisid berasaskan Trichoderma strain tempatan khusus untuk kawalan penyakit antraknos pada tanaman cili organik dan konvensional yang diformulasi dalam bentuk talc powder.

Artikel Berkaitan:

"Teknologi ini diaplikasikan secara semburan foliar yang dapat mengurangkan jangkitan penyakit antraknos di ladang sehingga 88 peratus dan membantu meningkatkan hasil cili sehingga 54 peratus," katanya.

Tambahnya, kedua-dua teknologi yang dihasilkan oleh pakar di MARDI bukan sahaja mesra alam malah menjamin keselamatan dan kualiti produk pertanian dan agro makanan untuk kesejahteraan rakyat.

Ditanya mengenai pasaran inovasi tersebut, beliau berkata, teknologi berkenaan akan dikomersialkan dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Kajian ini memakan masa sehingga lima tahun dan enam bulan lagi MARDI akan komersialkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!