Akta berita palsu: Tindakan PH tidak silap

Mohamed Hanipa
Mohamed Hanipa
A
A
A

SHAH ALAM - Undang-undang sedia ada sudah cukup untuk mengekang tindakan menyebarkan berita-berita palsu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata, tiada keperluan untuk kerajaan PH memperkenalkan kembali Akta AntiBerita Tidak Benar yang dimansuhkan pada Ogos tahun lalu.

"Tindakan PH tidak silap. Berita palsu bukan satu fenomena baru meskipun saya akui sekarang ini ia semakin rancak di media sosial.

"Kita sudah ada undang- undang yang mencukupi untuk 'deal with' berita palsu," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kegusaran sesetengah pihak berhubung penularan berita palsu yang kian tidak terkawal ketika ini, susulan pemansuhan akta berkenaan.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata dalam membendung perkara ini, kerajaan PH meyakini bahawa memerangi berita palsu tidak cukup dengan sekadar undang-undang.

"Ia perlu satu pendekatan yang holistik," katanya.

Terdahulu, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan oleh kerajaan BN pada April tahun dimansuhkan 16 Ogos tahun sama selepas PH mengambil alih pentadbiran negara.

Artikel Berkaitan:

Pemansuhan itu diluluskan selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!