Pengerusi syarikat pembinaan diberkas SPRM
Menerusi kenyataannya, SPRM berkata, perintah tahanan reman telah dibuat terhadap lelaki berusia 67 tahun itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
"Dia direman selama tiga hari bermula hari ini (Khamis)," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak lebih ramai individu akan ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!