Najib akan beri keterangan bicara kes rasuah Rosmah
Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh berkata, bekas perdana menteri itu adalah antara saksi pembelaan yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding sembilan hari bermula 9 Jun.
Jagjit berkata, ketika ini pihak pembelaan mempunyai lima atau enam saksi dan telah ditawarkan seramai 10 saksi oleh pihak pendakwaan.
"Kita perlu melihat senarai (saksi pendakwaan) dan kita juga perlu menemu bual mereka (saksi)," katanya kepada pemberita setelah prosiding mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan Rosmah untuk membela diri atas kesemua tiga tuduhan rasuah setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Sebelum prosiding dimulakan, Najib dilihat (menerusi 'pautan video' yang disediakan) duduk di sebelah isterinya dan ketika mahkamah berehat seketika, Najib turut dilihat menenangkan Rosmah setelah keputusan mahkamah disampaikan.
Najib pada Rabu diaporkan akan berada di sisi isterinya ketika mahkamah menyampaikan keputusan sebagai sokongan emosi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!