Sanitasi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Pekerja penyelenggaraan Kompleks Sukan Gong Badak kelihatan melakukan proses sanitasi di sekitar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bertujuan bagi mengekang penularan Covid-19 di kalangan para atlet ketika tinjauan hari ini.
Sanitasi tersebut juga sebagai persediaan awal pihak pengurusan stadium sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2021 yang bermula 5 Mac ini.
Selain stadium, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) juga turut giat menjalankan proses sanitasi di semua pusat sukan susulan kelonggaran mengadakan latihan bagi beberapa jenis sukan yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!