Dua beradik aktif pecah masuk sekolah ditahan

Dua beradik direman selepas dipercayai terlibat dalam jenayah pecah masuk sekolah sejak tiga tahun lalu.
Dua beradik direman selepas dipercayai terlibat dalam jenayah pecah masuk sekolah sejak tiga tahun lalu.
A
A
A

MELAKA - Dua beradik yang aktif memecah masuk sekolah sejak tiga tahun lalu ditahan dalam dua lokasi berasingan di Plaza Tol Ayer Keroh dan Klang, Selangor pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, hasil maklumat risikan, polis menahan suspek pertama berusia 29 tahun di Plaza Tol Ayer Keroh pada jam 1.20 petang sebelum menahan abangnya berusia 30 tahun pada jam 6 petang di Klang.

Menurutnya, suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti pecah sekolah sejak 2018.

"Dengan tertangkapnya dua beradik itu, kita berjaya menyelesaikan tiga kes pecah masuk sekolah dan satu kes curi kenderaan selain menyelesaikan satu kes curi motosikal jenis Yamaha 135LC di Taman Sri Pandan, Johor Bahru," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Beliau berkata, semakan rekod jenayah mendapati suspek yang masing-masing bekerja sebagai pemasang 'roller shutter' dan pekerja kilang mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

"Setakat ini, kedua-dua beradik itu direman selama tujuh hari sehingga 22 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!