Koroner lawat kawasan insiden Kuil
SUBANG JAYA - Koroner, Rofiah Mohamad dan Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah dan Zhafran Rahim Hamzah serta pihak-pihak berkepentingan tiba di persimpangan Jalan USJ 16 untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman.
Mereka tiba jam 11.20 pagi dengan menaiki van bomba.
Saksi kedua, Md Elliza Mohd Noor yang juga pemandu FRT juga turut serta untuk menjelaskan kepada mahkamah bagaimana jentera itu berundur setelah diserang sekumpulan lelaki India.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!