Arsenal perlu lebih kejam

Arsenal hanya sekadar seri 1-1 dengan Benfica pada aksi di Stadio Olimpico pada awal pagi Jumaat.
Arsenal hanya sekadar seri 1-1 dengan Benfica pada aksi di Stadio Olimpico pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta percaya pasukannya berhak mendapat keputusan lebih baik berbanding seri 1-1 ketika menentang Benfica dalam perlawanan pertama kelompok 32 terakhir Liga Europa di Stadio Olimpico pada awal pagi Jumaat.

Menurutnya, pemainnya sudah beraksi dengan baik, namun gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk mencari gol kemenangan.

"Kami menguasai perlawanan dan mencipta peluang yang sangat banyak. Kami seharusnya lebih kejam di hadapan gol lawan.

"Namun, saya juga sangat kecewa dengan cari kami melepaskan gol. Kami seolah memberikan bola kepada lawan dan membiarkan mereka menjaringkan gol dengan mudah.

"Kami bolos melalui perkara yang sepatutnya tidak berlaku kerana pemain tidak menunjukkan reaksi baik dan memberikan penalti kepada lawan," katanya.

Benfica membuka tirai jaringan menerusi penalti Pizzi pada minit ke-55 sebelum disamakan Bukayako Saka dua minit berselang.

Menurutnya, kemenangan sepatutnya adalah keputusan yang dilihat cukup baik buat The Gunners dalam perlawanan tersebut apatah lagi pasukannya tampil dominan sepanjang 90 minit perlawanan.

"Selepas ketinggalan, kami bertindak balas dengan baik dan menjaringkan gol hebat. Saya gembira dengan kebangkitan pemain.

Artikel Berkaitan:

"Kami cuba mengekalkan tempo permainan. Kedua-dua pasukan lebih gemar bertahan dalam 20 minit terakhir tetapi kami lebih menyesal kerana tidak mendapat kemenangan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!