Pekerja stesen minyak disyaki pecah amanah

Gambar hiasan. Gambar kecil: M Zambri Mahmud
Gambar hiasan. Gambar kecil: M Zambri Mahmud
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pengurus stesen minyak di Besut membuat laporan polis selepas mengesyaki pekerja wanitanya yang diamanahkan menjaga bahagian akaun melakukan penyelewengan bernilai keseluruhan RM40,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, wanita berusia 44 tahun itu hanya menyedari kegiatan pekerjanya selepas mendapati akaun syarikat cuba dimanipulasi pada 5 Februari lepas.

"Curiga melihat keadaan terkini akaun syarikat miliknya, dia terus membuat siasatan terperinci sebelum mengesyaki suspek yang berusia 28 tahun yang dipertanggungjawabkan menjaga bahagian akaun.

"Suspek disyaki cuba memanipulasikan akaun bacaan meter penutupan shif menjadikan akaun tersebut nampak seimbang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

M Zambri berkata, makin menguatkan lagi andaiannya selepas terjumpa beberapa slip bank dengan kemasukan ke akaun peribadi milik suspek sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya, pada Selasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!