Tiga lelaki ditahan Ops Tapis di Lahad Datu

No Image Caption
A
A
A

LAHAD DATU - Polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia serta merampas 10.62 gram dadah syabu dalam serbuan Op Tapis di sekitar bandar Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor tangkapan pertama pada jam 1 tengah hari selepas polis menahan sebuah kereta Alza dinaiki dua lelaki berumur 23 dan 27 tahun di Jalan Kiambang.

"Semasa pemeriksaan, polis tidak menemukan dadah pada pemandu warga Indonesia itu namun penumpang yang juga warga tempatan dengan sendiri menyerahkan dua peket plastik lutsinar berisi syabu dengan anggaran berat 5.42g dan satu peket plastik mengandungi 14 gulung kertas timah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methapethamine dan amphetamine.

Sementara itu, katanya polis turut menahan seorang remaja berusia 17 tahun selepas berkelakuan mencurigakan di kawasan parkir di Tabanak di sini pada pukul 3.35 petang.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas suspek menemui satu peket plastik lutsinar mengandungi syabu seberat 5.20 gram dan 12 gulung kertas timah dalam beg silang yang dibawanya.

"Suspek mengaku memasukkan dadah ke dalam tubuh namun pemeriksaan air kencing menunjukkan suspek negatif dadah," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!