Kebakaran di Gunung Baling kembali marak

Usaha memadam kebakaran sedang giat dilakukan.
Usaha memadam kebakaran sedang giat dilakukan.
A
A
A

BALING - Kebakaran di Gunung Baling yang hampir dipadamkan sepenuhnya kembali marak pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, operasi memadam kebakaran di Gunung Baling masuk hari ketujuh hari ini dan dibimbangi akan merebak ke kawasan baharu.

“Kesukaran untuk membawa sumber air ke kawasan hotspot menyebabkan kawasan yang telah berjaya dipadamkan sebelum ini menyala kembali namun dalam keadaan terkawal,” katanya.

Mohd Jamil berkata, operasi hari ini bermula pada 8.30 pagi dengan mewujudkan dua pasukan pemadam terdiri daripada 15 anggota bomba ke kawasan kebakaran.

“Keadaan muka bumi di kawasan yang terbakar agak cerun dan mengambil masa satu jam setengah untuk mendaki kawasan itu, menyebabkan usaha memadam kebakaran mengambil masa lama,” katanya.

Menurutnya, anggota pemantau turut membuat pemantauan di kawasan hotspot yang baharu dinaiki api, melibatkan kawaan di sebelah kuari.

“Operasi pemadaman secara manual sedang dilakukan dengan dibantu pelbagai agensi serta lima orang Malim Gunung,” katanya.

Mohd Jamil berkata, pemantauan melalui dron juga dilakukan susulan keadaan muka bumi yang curam dan sukar dihampiri.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran di Gunung Baling berlaku sejak Rabu lepas, namun punca kejadian masih belum dikenal pasti, dan bomba tidak menolak kemungkinan disebabkan aktiviti pendakian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!