Vaksin Sinovac tiba 27 Februari
SHAH ALAM - Bekalan pertama vaksin Covid-19 buatan syarikat biofarmaseutikal, Sinovac dijangka tiba di Malaysia pada 27 Februari depan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, vaksin tersebut akan dihantar secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd.
"Bahagian Regulatori Faramasi Negara (NPRA) kini sedang dalam proses menilai data klinikal Sinovac," katanya menerusi satu ciapan di Twitter pada Jumaat.
Pada 26 Januari lalu, Malaysia dijangka memperolehi 18.4 juta dos vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sputnik V secara berperingkat mulai Mac depan.
Ia selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan Malaysia menandatangani dokumen terma dan syarat dengan dua syarikat pembekal vaksin terbabit iaitu Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd (PLS) dan Duopharma (M) Sdn Bhd.
Pada 12 Januari lalu, Pharmaniaga memeterai perjanjian dengan Sinovac untuk mendapatkan bekalan besar vaksin yang akan melalui proses pembotolan di kilang berteknologi tingginya.
In addition to our supply of Pfizer vaccines, our first supplies of Sinovac vaccines will arrive on 27 February. The vaccines will be delivered in bulk for fill and finish by @pharmaniaga_bhd. NPRA is currently reviewing Sinovac’s regulatory submission. #LindungDiriLindungSemua
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 19, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!