Jangkitan Covid-19 global menurun

Program vaksinasi yang dilancarkan di kebanyakan negara menyasarkan warga emas yang merupakan golongan paling berisiko terdedah Covid-19. - Foto: AFP
Program vaksinasi yang dilancarkan di kebanyakan negara menyasarkan warga emas yang merupakan golongan paling berisiko terdedah Covid-19. - Foto: AFP
A
A
A

LONDON - Jangkitan harian Covid-19 telah menurun di seluruh dunia selama sebulan dan pada Selasa ia mencapai tahap terendah sejak pertengahan Oktober tahun lalu.

Namun, pakar memberi amaran terhadap sikap acuh tak acuh segelintir pihak terhadap ancaman pandemik itu walaupun vaksinasi sedang giat dijalankan.

Data Reuters menunjukkan penurunan jumlah jangkitan dan kematian disebabkan langkah drastik kebanyakan negara yang melaksanakan lockdown dan sekatan bagi membendung penularan wabak tersebut yang kini menjangkiti 110.4 juta orang di seluruh dunia.

Bagaimanapun, kebimbangan semakin meningkat susulan penemuan varian baharu yang dikhuatiri memberi kesan terhadap tahap keberkesanan vaksin sedia ada.

“Kita tidak boleh lagi membiarkan diri kita berada dalam situasi yang menyaksikan kes terus meningkat,” kata Ketua Teknikal Covid-19 di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Maria Van Kerkhove ketika sesi taklimat di Geneva.

Pada Selasa, sebanyak 351,335 kes jangkitan baharu global direkodkan secara purata dan angka itu menurun daripada jumlah 863,737 yang dicatatkan pada 7 Januari lalu.

Angka kematian pula menurun kepada 10,957 pada Selasa berbanding 17,649 yang dilaporkan pada 26 Januari lalu.

Jumlah kes jangkitan di Amerika Syarikat (AS) juga menunjukkan penurunan dengan 77,883 kes baharu direkodkan secara purata pada setiap hari.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, sebanyak 85 negara memulakan program vaksinasi dan kira-kira 188 juta dos suntikan telah diberikan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!