Hadi Awang nak digulingkan?

No Image Caption
A
A
A

MENARIK juga berita tentang khabar panas bahawa ada gerakan nak gulingkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Rupanya air tenang jangan disangka tiada buaya. Dalam cawan pun air boleh berkocak.

Kata orang kalau tak ada angin, pokok tak bergoyang. Jikalau tak betul, masakan orang-orang besar Pas keluar kenyataan dan buat penafian.

Lebih panas lagi apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin pun terkait. Menurut berita yang tular itu puncanya perbualan beliau dengan seorang Menteri Kabinet dari Pas. Ekoran berita itu beliau cabar mereka yang bertanggungjawab dedahkan rakaman tersebut.

Khabar angin pasal riak-riak perpecahan dalam Pas ini bukanlah baru. Pas pun tak boleh anggap ini sekadar berita angin.

Awang harap Pas ambil serius hal ini. Jangan sampai pemimpin Pas kata ini agenda media. Jangan pulak media dilabelkan 'makhluk perosak' dengan melaporkan hal seperti ini. Media hanya melaporkan. Masalah dalaman Pas, patut sangat Pas selesaikan sendiri.

Kata orang putih jangan sapu semua sampah ke bawah karpet. Jangan sampai jadi perpecahan yang lahirkan Parti Amanah dulu. Jangan cepat-cepat nak salahkan orang lain. Pas adalah parti politik. Dalam parti politik tentu ada orang main wayang dan bercita-cita tinggi.

Ada juga yang jadi batu api, semua ini tentu kerja orang dalam, bukan angkara media.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!