'Saya sayang bangsa saya'
MEMANG seronok tengok Tun Dr Mahathir Mohamad diwawancara oleh Tan Sri Johan Jaaffar hari Rabu lepas.
Banyaklah soalan panas yang ditanyakan pada Tun mantan Perdana Menteri. Tapi macam biasa, Tun 'cool' saja jawab dengan selamba dan berseloroh. Orang lain mungkin jadi marah dengan soalan-soalan itu tapi Tun memang sifu dalam menangkis bola tanggung.
Awang jadi sebak macam banyak orang lain juga pada pengakhir rancangan 'Bersama Tun M' anjuran akhbar ini. Bila ditanya apa yang membuat dia masih mahu berjuang sedangkan umurnya dah 95 tahun, dia jawab 'saya sayang bangsa saya'.
Kata Tun dia tidak peduli apa orang kata. Dia akan tetap beri sumbangan pemikiran dan tenaga selagi diperlukan. Bagi dia perjuangan nak jayakan orang Melayu masih belum selesai.
Kalau nak cari salah pemimpin memang banyak. Lebih-lebih lagi Tun jadi Perdana Menteri selama 24 tahun (dua pusingan). Tapi kita jangan lupa jasanya pada bangsa dan negara.
Macam dia sebut pasal UMNO. Dia tahu UMNO parti yang kuat dan rendang untuk beri perlindungan pada orang Melayu. Tapi yang salah bukan parti, orang yang pimpin parti. Oleh sebab itu dia kata, kalau UMNO kembali pada perjuangan asal, dia tak ada masalah kembali pada UMNO.
“Saya masih sayang UMNO,” kata Tun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!