Putera Harry, Meghan Markle hilang gelaran kehormat
LONDON - Duke dan Duchess of Sussex melepaskan naungan dan gelaran kehormat dalam pasukan tentera diraja, menurut Istana Buckingham pada Jumaat.
"Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle mengesahkan keputusan akhir itu kepada pemerintah United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II selepas menyatakan mereka tidak akan kembali kepada keluarga diraja.
"Baginda ratu turut menzahirkan rasa sedih dengan keputusan itu, namun baginda ratu menegaskan Harry dan Meghan tetap menjadi ahli keluarga yang disayangi," ujar jurucakap istana tersebut.
Difahamkan, Harry dan Meghan yang kini menetap di California, Amerika Syarikat (AS) masih akan menyokong pertubuhan yang pernah diwakili sebelum ini, namun ia berbentuk 'perkhidmatan universal'.
Pada Januari tahun lalu, pasangan yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua itu membuat keputusan mengejut untuk menyerahkan kesemua keistimewaan diraja kerana mahu hidup berdikari. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!