Persediaan serba-serbi kekurangan

Nur Wahida mengulangkaji subjek Sains di luar rumahnya di Kampung Tok Keling, Mukim Derga, Alor Setar pada Selasa.
Nur Wahida mengulangkaji subjek Sains di luar rumahnya di Kampung Tok Keling, Mukim Derga, Alor Setar pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - "Kasihan kami sebab 'exam' musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, persediaan serba-serbi kurang," kata seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, Nur Wahida Azmi, 18, yang ditemui di Kampung Tok Keling, Mukim Derga, Alor Setar baru-baru ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tajar itu berkata, dia akui keyakinan untuk menghadapi peperiksaan sedikit menurun namun guru dan rakan-rakan sekelasnya sentiasa memberikan semangat dan motivasi di antara satu sama lain.

Menurutnya, pembelajaran menerusi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) kurang berkesan berbanding secara bersemuka.

"Apabila saya tidak faham tentang satu-satu topik saya perlu WhatsApp cikgu untuk mendapatkan penjelasan lanjut agar lebih faham.

"Memang belajar semasa PKP ini sangat mencabar dan menuntut kesabaran yang sangat tinggi," katanya semasa menerima kunjungan Pegawai pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Kedah/Perlis, Muhd Akmal Fawwaz Muhamad Ali di rumahnya.

Anak yatim yang kematian bapanya pada tahun 2016 itu berkata, dia bersyukur kerana turut mendapat sokongan daripada ibu, Siti Fadzilah Samsudin, 58 dan empat adik-beradik termasuk YPM.

Menurut Nur Wahida yang merupakan anak angkat YPM, dia kini mengikuti pembelajaran secara berkumpulan di atas talian pada waktu malam dengan melihat contoh-contoh kertas peperiksaan SPM.

"Sekolah juga ada buat kelas tuisyen untuk ulang kaji dan lihat balik subjek-subjek yang tertinggal untuk meyakinkan kami yang akan ambil SPM.

Artikel Berkaitan:

"Saya bercita-cita untuk jadi guru dan mempunyai hasrat melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM)," katanya.

Daniel optimis dan memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
Daniel optimis dan memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Sementara itu, biarpun berdepan cabaran sukar dalam sesi pembelajaran berikutan pandemik Covid-19, Daniel Imran Mohd Rostam,17 tetap optimis untuk melakukan yang terbaik bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 22 Februari depan.

Calon SPM 2020 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Kuantan itu mengakui kesukaran yang dihadapi terutamanya dengan norma baharu dalam sesi pembelajaran membuatkan dia perlu melipatgandakan usaha untuk setiap subjek.

Menurutnya, dia tetap meletakkan sasaran yang terbaik untuk dirinya dalam peperiksaan tersebut.

"Saya akui kali ini memang sukar dengan kami semua tidak dapat bersemuka dan bertanyakan lebih banyak dengan guru-guru kalau tidak faham kerana dalam talian, peluangnya terhad.

"Tetapi saya sedar ia demi kesihatan semua pelajar," katanya pada Sinar Harian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!