Tanaman pokok hiasan jadi sumber rezeki bekas anggota tentera

Yasmin bersama pokok ati-ati yang sering menjadi pilihan pelanggan.
Yasmin bersama pokok ati-ati yang sering menjadi pilihan pelanggan.
A
A
A

MARAN - Bekas anggota tentera, Yasmin Ali, 58 memilih untuk menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan tanaman pokok hiasan sebagai sumber pendapatan buat keluarganya.

Dia yang Pengerusi Srikandi Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen ( PKVTTB) mengakui walaupun pekerjaan itu berbeza dengan rutin kehidupannya sebelum ini namun sebagai bekas tentera dia sudah diajar dan dilatih dengan berdepan pelbagai cabaran.

Menurutnya, sejak beroperasi beberapa bulan lalu, sambutan yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan terutamanya dalam kalangan penggemar pokok hiasan selain suri rumah dan juga jabatan kerajaan.

"Pelbagai spesies bunga-bungaan berwarna warni untuk hiasan dalam dan luar rumah ditawarkan di sini sebagai hiasan lanskap yang menarik sama ada di rumah mahupun premis masing-masing.

"Saya amat berterima kasih kepada Majlis Daerah Maran (MDM) kerana menyedia ruang kepada bekas tentera tidak berpencen untuk menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan, malah lokasi yang terletak bersebelahan Pasar Besar Maran ini juga memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke sini," katanya.

Mengulas lanjut, Yasmin berkata, pokok hiasan bukan sekadar berperanan untuk menjadikan suasana kediamanan nampak cantik tetapi dapat membantu peredaran udara di kawasan persekitaran selain sebagai terapi bagi mengurangkan tekanan.

"Sebab itu sekarang ini makin ramai yang beli pokok hiasan kerana mereka menyedari manfaat menanam pokok tersebut.

"Antara bunga dan pokok hiasan yang menjadi kegemaran pelanggan ketika ini adalah bunga kertas (Bougainvillea), bunga siantan (Ixora), bunga raya (Hibiscus),lily, orkid hutan, puding, keladi, lidah buaya dan juga janggut hantu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara pokok hiasan yang ditawarkan di gerai milik Yasmin.
Antara pokok hiasan yang ditawarkan di gerai milik Yasmin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!