858 mangsa banjir dipindahkan ke 12 PPS di Sarawak
KUCHING - Banjir yang kembali melanda Sarawak sejak Jumaat menyaksikan peningkatan seramai 858 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi Sabtu berbanding 755 petang Jumaat.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat jam 8 pagi ini juga sebanyak 12 PPS telah dibuka berbanding hanya sembilan pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, tujuh PPS dibuka di daerah Samarahan, tiga di Kuching dan dua di Lundu.
Kira-kira sebulan selepas gelombang pertama banjir di Sarawak, beberapa tempat di bandar raya ini sekali lagi dilanda musibah banjir semalam berikutan hujan berterusan.
Pada Jumaat, lalu lintas terhenti menyebabkan berpuluh kenderaan terkandas selepas beberapa jalan utama ditenggelami air berikutan kenaikan air seawal subuh, memutuskan jalan darat utama ke daerah kejiranan seperti Kota Samarahan dan Serian. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!