Pharmaniaga bakal terima vaksin Sinovac mulai 27 Februari ini

Vaksin tersebut akan dihantar secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd.
Vaksin tersebut akan dihantar secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Berhad bakal menerima bekalan vaksin Sinovac buatan syarikat biofarmaseutikal dari China pada 27 Februari ini.

Perkara tersebut dinyatakan syarikat terbabit di Twitter pada Sabtu dengan berkongsi info grafik dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

"Bekalan pertama vaksin Covid-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac dijangka tiba di Malaysia pada 27 Februari depan," katanya.

Pada Jumaat, Khairy Jamaluddin memaklumkan bekalan pertama vaksin Covid-19 buatan syarikat biofarmaseutikal, Sinovac dijangka tiba di Malaysia pada 27 Februari depan.

Katanya, vaksin tersebut akan dihantar secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Sinovac tiba 27 Februari

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!