Nelayan miliki dadah ditahan

Bot fiber itu yang dinaiki suspek ditahan pihak Maritim Malaysia.
Bot fiber itu yang dinaiki suspek ditahan pihak Maritim Malaysia.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat berjaya menahan seorang nelayan selepas disyaki memiliki dadah ketika sedang menangkap ikan kira-kira satu Batu Nautika dari Sungai Ayam berdekatan perairan Batu Pahat, malam, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu, bot fiber itu yang dinaiki nelayan berumur 25 tahun ditahan ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan di sekitar perairan tersebut.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui satu peket mengandungi serbuk hablur jernih disyaki syabu seberat 2.0 gram.

"Kes disiasat di bawah seksyen 12 (2) kerana disyaki memiliki dadah di bawah akta dadah Berbahaya 1952.

"Nelayan dan bot tersebut dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut dan pendakwaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad berkata, pihaknya serius dalam usaha membanteras aktiviti-aktiviti nelayan yang melanggar undang-undang.

"Justeru itu Maritim Malaysia mengharapkan kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim yang berlaku di perairan negara ini.

"Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan di talian 24 jam MERS 999 dan pusat operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07 -4344020," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!