Kabut toksik di Bangkok makin pulih

Kabut toksik melanda ibu negara Thailand selama beberapa minggu.
Kabut toksik melanda ibu negara Thailand selama beberapa minggu.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Masalah kabut toksik diramalkan semakin pulih berikutan musim sejuk di Thailand akan berakhir pada minggu depan.

Namun, ketibaan musim panas dijangka membawa masalah baharu iaitu kekurangan bekalan air.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Phuwieng Prakhammintara, semalam memberitahu musim panas melanda negara itu pada minggu ketiga Februari.

"Masalah kabut toksik di utara dan timur laut akan semakin reda kerana tiupan angin kencang dan taburan lebih banyak hujan akan memulihkan kualiti udara, sekali gus menghilangkan zarah debu PM2.5," ujarnya.

Sementara itu, masalah kemarau dan limpahan air masin juga semakin meningkat berikutan kebanyakan takungan air di utara, timur laut dan tengah semakin kering.

"Fenomena el Nino di Lautan Pasifik menyumbang kepada penurunan sehingga 30 peratus ketika musim kering yang akan mencetuskan risiko kekurangan bekalan air dan kemarau di Thailand," menurut Pusat Klimatologi Jabatan Meteorologi. - The Nation

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!