Isu kompaun: Polis minta individu tidak puas hati tampil
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Polis Shah Alam minta individu yang menularkan berkaitan isu tidak puas hati anaknya dikompaun kerana percanggahan persempadanan daerah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kehadiran individu tersebut untuk berjumpa dengannya bagi merungkai kekeliruan itu.
"Kita amat berterima kasih sekiranya individu itu dapat tampil di IPD Shah Alam untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Baharudin berkata, pihaknya cakna dengan masalah yang dihadapi oleh individu berkenaan.
"Individu tersebut telah memuat naik kenyataan tidak berpuas hati kerana kompaun yang dikeluarkan terhadap anak perempuannya, malah tidak jelas dengan isu merentas daerah," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!