Maqis rampas dua kucing dari Indonesia

Kucing jenis Semilonghair yang dirampas daripada pelancong asing di Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kuah, Langkawi pada Jumaat.
Kucing jenis Semilonghair yang dirampas daripada pelancong asing di Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kuah, Langkawi pada Jumaat.
A
A
A

LANGKAWI - Dua ekor kucing import dirampas daripada seorang pelancong asing di Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kuah, di sini dalam pemeriksaan pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Perhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, lelaki berkenaan gagal mengemukakan permit import sah selain tiada sijil kesihatan kucing miliknya yang diimport dari Indonesia.

Menurutnya, sehubungan itu Maqis telah menahan dua ekor kucing jenis Semilonghair dianggarkan bernilai RM500 untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil pemeriksaan dilakukan pegawai Maqis pada jam 1 tengah hari itu mendapati, pengimport berkenaan cuba membawa masuk dua ekor kucing tersebut namun gagal mengemukakan permit import sah dari Jabatan Maqis, malah tiada nombor mikrocip pada kucing tersebut,” katanya.

Pegawai Maqis (kanan) membawa kucing yang dirampas dari sebuah kapal layar di Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kuah, Langkawi pada Jumaat untuk tindakan selanjutnya.
Pegawai Maqis (kanan) membawa kucing yang dirampas dari sebuah kapal layar di Terminal Feri Antarabangsa Jeti Kuah, Langkawi pada Jumaat untuk tindakan selanjutnya.

Lily Rosalind berkata, pemilik yang menaiki kapal layar itu melakukan kesalahan kerana mengimport haiwan itu tanpa permit, di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta sama,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan terus memperkasakan tindakan penguatkuasaan undang-undang di semua pintu masuk negara bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport.

Artikel Berkaitan:

“Pemeriksaan berterusan itu dilakukan bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!