Kerajaan giat usaha imbangi kelangsungan hidup, ekonomi negara

Muhyiddin - Foto Fail Bernama
Muhyiddin - Foto Fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menggiatkan usaha untuk mengimbangi antara aspek kelangsungan hidup dan ekonomi negara yang sehingga kini masih belum bebas daripada ancaman pandemik Covid-19.

Beliau berkata, kerajaan prihatin dan sentiasa mendengar pandangan dan keluhan mereka yang terkesan akibat pandemik yang melanda sejak lebih setahun yang lepas.

"Oleh sebab itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar dan inisiatif termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi dan yang terbaharu, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bagi memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2021 secara maya pada malam Sabtu.

Perdana Menteri berkata, masyarakat Cina di Malaysia telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Katanya, rantaian ekonomi itu merangkumi industri pelancongan, seni dan budaya negara yang telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan menarik dalam kalangan pelancong asing.

"Marilah kita terus memelihara dan memulihara kekayaan warisan seni dan budaya pelbagai kaum yang menjadi aset kebanggaan kita bersama," katanya.

Beliau juga berkata, semangat zodiak haiwan ox atau lembu bagi sambutan Tahun Baru Cina tahun ini juga seharusnya dijadikan inspirasi dalam mengharungi dugaan yang melanda ketika ini.

"Kerajaan akan terus menggiatkan usaha untuk mengimbangi antara aspek kelangsungan hidup dan ekonomi negara.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa yang sama, kita tidak boleh berputus asa ibarat seekor lembu yang sentiasa bertenaga dan bersedia untuk membajak dan berbakti kepada tanah," katanya.

Majlis Rumah Terbuka secara maya anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu turut disertai menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!