Lima cedera tunjuk perasaan di Myanmar

Seorang lelaki yang cedera dalam tunjuk perasaan dibawa pasukan penyelamat untuk menjadapatkan rawatan lanjut di Mandalay. - AFP
Seorang lelaki yang cedera dalam tunjuk perasaan dibawa pasukan penyelamat untuk menjadapatkan rawatan lanjut di Mandalay. - AFP
A
A
A

MANDALAY - Sekurang-kurangnya lima cedera selepas polis Myanmar menyerbu sebuah limbungan kapal di Mandalay dan melepaskan tembakan peluru getah ke arah sekumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di situ, kata wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian.

Difahamkan pihak berkuasa telah menahan ratusan orang sejak tunjuk perasaan yang membantah penahanan pemimpin Aung San Suu Kyi dalam rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Seorang wartawan melaporkan ratusan polis berkumpul di limbungan Yadanarbon di sungai Irrawady pada Sabtu.

Katanya, kehadiran penunjuk perasaan mencetuskan kebimbangan penduduk yang tinggal berhampiran di mana pihak berkuasa turut cuba menahan pekerja limbungan yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan terbabit.

Mereka turut memukul kuali dan periuk sebagai simbolik membantah kuasa selain menjerit bagi menghalau polis keluar dari kawasan itu.

Bagaimanapun, polis terpaksa melepaskan tembakan dengan peluru dan bebola getah untuk menyuraikan tunjuk perasaan meskipun sudah diberi amaran.

Lima mangsa yang tercedera termasuk seorang wanita yang cedera di kepala dan pekerja kecemasan sudah pun merawatnya.

"Tembakan masih berlangsung. Beberapa orang cedera," kata ketua pasukan penyelamat memberitahu AFP.

Artikel Berkaitan:

Satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial oleh seorang penduduk di lokasi kejadian menyaksikan bunyi tembakan yang berterusan.

"Mereka melepaskan tembakan bertalu-talu," kata penduduk yang terpaksa mendapatkan perlindungan di tapak pembinaan berhampiran.

"Kami mesti mencari tempat selamat," katanya. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!