Kain rentang hina kerajaan: Itu sifat kebudak-budakan!

Gambar kain rentang hina kerajaan PH tular di media sosial.
Gambar kain rentang hina kerajaan PH tular di media sosial.
A
A
A

PONTIAN - Tindakan menggantung kain rentang yang tertera tulisan 'Kerajaan PH adalah kerajaan penipu' di persimpangan lampu isyarat Pekan Nanas di sini, disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Tular di media sosial sejak semalam, bagaimanapun mendapati kain rentang tersebut sudah diturunkan.

ADUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong menyifatkan pihak yang menggantung kain rentang itu bersifat kebudak- budakan.

Tung Siong mendakwa kain rentang berkenaan telah digantung sejak Ahad lalu.

Tegasnya, masa berkempen bagi pilihan raya umum sudah berakhir dan semua pihak harus berusaha membangunkan rakyat, bukannya memburukkan kerajaan yang kini dipimpin PH.

"Pemasangan kain rentang dengan niat memburukkan imej sesebuah parti tidak akan membawa apa- apa kebaikan kepada sesiapa jua.

"Lagipun perjuangan dan persaingan memburukkan imej parti lawan tiada gunanya seperti kata pepatah menang jadi arang, kalah jadi abu," katanya.

Justeru, beliau menyeru agar semua pihak menghentikan perangai kebudak-budakan menggantung kain rentang untuk memburukkan kerajaan kerana ia membazirkan wang, masa dan tenaga.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap sebuah persaingan sihat dalam berpolitik dapat diwujudkan.

"Kegiatan meraih perhatian dengan menggantung kain rentang cuma sia- sia," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, rakyat akan membuat penilaian bukan melalui tomahan yang tidak berasas dan tidak bermakna kerana sekarang adalah masa bekerja dan berkhidmat, bukannya berkempen.

Ditanya tentang laporan polis, Yeo Tung Siong menjelaskan pihaknya tidak akan melayan isi kain rentang tersebut dan tiada laporan polis akan dibuat.

"Saya tidak akan layan isu ini malah tiada perancangan untuk membuat laporan polis," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!