Bermain teka-teki

Mesyuarat MKT UMNO bersidang di Janda Baik, Pahang pada Jumaat malam.
Mesyuarat MKT UMNO bersidang di Janda Baik, Pahang pada Jumaat malam.
A
A
A

UMNO kini sedang bermain teka-teki. Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu bersidang di Janda Baik pada Jumaat malam tapi selepas dua hari, intipati mesyuarat itu dan hasilnya masih menjadi rahsia.

Yang pasti ia adalah tentang kerjasama politik dengan Bersatu. Khabarnya, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘memberi kata dua’ kepada UMNO supaya membuat keputusan muktamad sama ada mahu bersama-sama dalam Perikatan Nasional.

Hanya selepas UMNO membuat keputusan tersebut barulah Bersatu bersedia untuk duduk semeja membincangkan perkara paling pokok iaitu pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebenarnya itulah yang menjadi duri dalam daging. Ini kerana UMNO mahu mempertahankan kesemua kerusi yang dimenanginya pada PRU14 dua tahun lalu.

Ia termasuklah kerusi-kerusi yang pada asalnya dimenangi UMNO tapi kini menjadi milik Bersatu kerana wakil rakyat UMNO dulu telah melompat parti menyertai Bersatu.

Sebagai contoh, sekadar menyebut beberapa kerusi misalnya Larut (Perak); Mersing (Johor); Tasek Gelugor (Pulau Pinang); Bagan Serai (Perak) dan Bukit Gantang (Perak).

Sesetengah ahli MKT UMNO mahu hal ini diperhalusi sedalam-dalamnya supaya jangan sampai menghancurkan hubungan dengan Bersatu, manakala presiden dan beberapa lagi mahukan isu ini dimuktamadkan dengan segera.

Maka sebab itulah dipanggil mesyuarat secara tergempar dan penuh rahsia bertempat di Janda Baik agar ia tidak dihidu oleh media, namun media dapat tahu juga.

Artikel Berkaitan:

Belalang - Hidung media macam hidung Belalang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!